cuti2 Malaysia-Langkawi Part 2

30 01 2011

Hari ke-2 di langkawi mmg padat giler….non stop dari pg smpi mlm…cuma berhenti seketika utk solat jamak zohor, pastu smbg berjln… Mulanya bercadang nk ambik pakej island hoping, tp atas nasihat kak ros, akhirnya kami memilih utk pakej Mangrove. Kedua2 pakej ni sama jer harga RM200 utk satu bot. Kak Ros kata klu pegi island hoping x sesuai sbb ada org tua, nnti nk kena naik turun tangga. Mangrove kira ok jugak la, boleh tgk tmpt penternakan ikan, eagle feeding n gua kelawaar…Hari tu mmg ramai giler,maklumla cuti sek+cuti krismas, hinggakan org yg nk bwk kami naik bot tue terpaksa mintak kami pi tmpt lain dulu.nasib baik galleria perdana ngan tmn burung dkt sini jer, kami pun decide utk ke tmn burung dulu sementera menunggu turn naik bot.

kat tmn burung


kambing nk dtg kat adik....


peace!!!


hepi dpt kumpul satu femli


dlm bot...'mangrove' xtvt


kat tmpt pentenakan ikan



batu yang digelar 'red indian'



gua kelawar

Sesudah solat jamak zohor dan asar di rumah, kami keluar semula, kecuali ayah yg tak nak turut serta,penat katanya.destinasi kami seterusnya ke Under Water World yang terletak di Pantai Cenang. Bayaran masuk ke sini, dewasa RM28.00 (with MyKad), kanak2 RM18.00 (with MyKid) dan senior citizen RM22.00. Memandangkan aku bawak govt.ID card, so bayaran utk dewasa turun ke RM22.00 dan utk kanak2 turun ke RM12.00. One govt.ID card entitle for 2 dewasa dan 2 kanak2….So….saper2 yg govt servant tu jgn luper bwk ID card utk dptkan potongan harga k…

Seronok berada dlm nie,mcm2 species ikan yg pelik ada kat sini…SUBHANALLAH. Masa smpi tue,anjing laut baru jer lepas buat persembahan, melepaslah kami. Anak2 aku pun excited tgk penguin,aku ckp kat diaorg itulah ‘Pororo The Little Penguin’ yg diaorg selalu tgk kat tv tu. Jom layan gambar

Pari....besar kan!


kerapu....klu msk 3 rasa nir, ramai blh mkn

aku,hubby n anak2

Lepas penat jln2 dlm Underwater World, kami berhenti minum ptg on day balik ke pekan kuah.Menikmati mee goreng dan big apple yg dibeli adik….selera sungguh mkn, perut dh lapar la katakan. Destinasi seterusnya nk ke Idaman Suri., apalagi shopping la.

barang2 dlm nie mmg betul2 menjadi idaman wanita.sesuai betul nama kedai ni dgn kaum hawa

Masuk jer dalam nie, hilang akal dibuatnya…semua brg cantik2+ murah2 giler, especially pinggan mangkuk…sampi tak tahu nk pilih yg mana satu….kat tmpt pinggan mangkuk jer dh lama…last2 aku beli satu set mangkuk lauk bertutup yg ada 3 size tu, besar,sederhana n kecil, selain tu dpt gak aku rembat sudu,garfu n 2 non stick pan …jom layan gmbr, n perhatikan price nya sekali…murahkan!










Lepas dpt pinggan mangkuk, kami beralih pula ke bahagian kanan kedai….kat bahagian nie ada jual beg2, cadar,towel n coklat…coklat mmg wajib beli…pastu beli jugak towel…cadar pun banyak pilihan n cantik2, tp aku takder la ambik cadar….kalau semua nk beli bankrap la pulak..

cadar



sejuk mata memandang


DAIM


kinder bueno... satu kotak ada 20 bungkus



Penat shoping,terus balik rumah….rehat2 kejap n solat. satu peristiwa yang betul2 mencemaskan. purse aku hilang,semua org mencari, serata tempat dh cari,, dalam rumah, luar rumah, dlm kereta, luar kereta, tp tak jumpa gak….husband dh kata aku cuai, mulut aku lak tak abis2 sebut nama Allah Ya Hak,Ya Hak, Ya Hak berulang2 kali. itulah yag selalu aku baca bila kau cari brg tak jumpa atau brg aku hilang. Dh puas mencari, kami pun decide nk pi report, kluar umah aku tergerak nk tgk bwh kereta, Alhamdulillah, mmg betul ada bawah keta. mungkin masa aku kluar kete, purse tu jatuh dr riba….semua org lega, mood nk mkn mlm pun dtg balik, klu x tak masing2 risau… Sesungguhnya aku sememangnya yakin dan percaya akan kebesaran nama Allah. Ya Hak lah yang aku baca, 2 kali telefon aku tertinggal kat toilet, sekali tu tepon, baru, beli seminggu tertinggal dlm toilet,dh kena ambik org pun, tp dgn kuasa Allah org tue pulangkan balik tepon tue..kali kedua, tertinggal dlm toilet gak, mujur ada org baik hati ambik dan tlg simpankan….Eh…lari tajuk plak, dr citer langkawi terus masuk bab tepon hilang….Layan jer la yer

Sedikit info :
1. Langkawi adalah gabungan 2 perkataan iaitu Lang=Burung Helang, Kawi = nama batu di pulau ini.
2. Terdapat 99 buah pulau di Langkawi = nama Allah…Ajaib kan!
3. Menurut pemandu bot yang aku naik tu, terdapat lebih kurang 200 ekor helang di pulau ini, helang2 nie telah ditrain oleh pemandu2 bot yang dtg membawa pelancong utk sesi ‘eagle feeding’.Setiap kali bot dtg,mrk akan membawa cebisan2 daging ayam utk diberi kpd helang2.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Follow

Get every new post delivered to your Inbox.