Semoga mak cepat sembuh

8 04 2011

Buat mak mentuaku Hjh Zainab Bin Udin, Semoga mak cepat sembuh dan dapat keluar hospital secepat mungkin. Buat kakak2 ipar (kak lang n kak ina) dan adik ipar-sheila, terima kasih kerana menjaga mak. Kami sekeluarga mendoakan agar mak cepat sembuh dan dikurniakan kesihatan olehNya.

Advertisements




Kerana Cinta Nyawa Dipertaruhkan

8 04 2011

Terkejut mendengar pengumuman Tuan Pengetua pada perhimpunan pagi tadi. Seorang pelajar perempuan india daripada kelas 4 Sains mati akibat bunuh diri. Menurut cerita, beliau telah meminum racun sebelum terjun daripada tingkat 7 flat. Ini semua adalah kerana CINTA. Pendek sungguh akal. Yang pergi tu satu cerita, ibu bapa lah yang menanggung derita kesedihan kerana anak yang dijaga sehingga 16 tahun mati dalam keadaan yang mengaibkan.

Semoga kisah benar ini menjadi iktibar kepada remaja2 yang lain.





Sindrom Anak Ke-2

8 03 2011

Pernah dengar tak sindrom anak kedua?

Damia, anak aku yang kedua, beza umur dengan kakak cuma 1 tahun 9 bulan. Perangai dia sememangnya merisaukan hati aku sebagai ibunya. Baru 4 tahun, tapi perangai dia mmg benar2 mencabar dan menguji keimanan.Bila berborak2 dengan rakan sekerja mengenai anak ke-2 masing2 memberikan ciri-ciri yang sama. Berikut adalah antara ciri2 anak ke-dua yang aku dapat daripada pembacaan di internet dan blog2:-
1.Keras kepala
2. Degil
3. Ego
4. Garang
5. Bertanggungjawab
6. Penyayang
7. Berdikari.

Ciri2 no. 1, 2 dan 4 memang benar2 ada pada damia. Kalau dia nak kan sesuatu, seboleh2 nya dia mesti nak dapatkannya, pujuk lah macam mana pun, tak jalan punya …Kalau tak dapat apa yang dihajati tu mula la dia meraung sekuat2 hati, jerit2 sehabis suara, entah2 satu lorong perumahan tu boleh dengar, jiran sebelah n bawah umah jangan cakaplah, dh lali dengan jeritan dia tu agaknya.

Lagi satu, damia memang garang….pantang akak dia buat silap sikit mulalah dia pukul akak dia, kadang2 cakar2 muka n badan. habis calar balar muka wanie. Selagi tak dapat apa2kan akak dia, selagi tu la hati dia tak puas,kadang2 tu smpi menggigil2 dia tahan marah. Bukan saja akak jadi mangsa, kadang2 ibu pun jadi mangsa. Memang betul2 menguji kesabaran, selalu gak hilang sabar, aku nie bukan la seorang yang penyabar, hinggap jugak la hanger kat kaki dia tue.

Ciri2 ke 5 dan ke 6 tue aku tak nampak lagi la buat masa nie. Tapi ciri ke-7 tue mmg ada. Damia sememangnya berdikari, apa2 perkara mesti nk buat sendiri, buat sampai berjaya, jarang sekali mintak tolong kat akak, ibu atau abah dia. Kalau dh betul2 tak boleh, barulah dia mtk tolong.

Sebagai ibu, apa yang boleh aku buat adalah banyak2kan doa agar perangai dia tu berubah…amalkan al fatihah dan Alam Nasyrah dan tiupkan kat ubun2 masa dia tengah tidur.





Bila Waktu Telah Berakhir

18 02 2011

Lagu nie benar2 memberi kesan dalam hati.
‘Bila waktu telah memanggil, teman sejati hanyalah amal,
Bila waktu telah terhenti, teman sejati tinggallah sepi”

Bersediakah AKU? Tepuk dada tanya iman…





Selamat Menyambut Maulidur Rasul

15 02 2011

Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, kekasih Allah…

Kelebihan Berselawat

Sufyan As Sauri menceritakan :

Bila bertawaf mengelilingi kaabah, saya melihat seorang laki-laki, ia membaca selawat kepada Rasulullah saw. Saya mendekatinya lalu bertanya: “Mengapa anda meninggalkan bacaan tasbih,tahmid dan tahlil justeru hanya membaca selawat sahaja? Adakah sesautu berlaku kepada diri anda? Siapakah anda ini? Tanya orang itu. Saya Sufyan As Sauri” Jawab saya. Baiklah akan aku ceritakan.” Aku meninggalkan ayahku untuk mengerjakan haji.

Ketika dalam perjalanan, ayahku sakit dan sakitnya itu membawa kematian. Aku bersedih dengan kematiannya. Wajah ayahku yang tampan itu telah bertukar menjadi hitam legam, aku menutup wajahnya dengan kain. Aku berasa sedih sekali, dan malu jika orang mengetahuinya, sedang ayahku adalah seorang ahli ibadah. Aku terus bertafakur dan tertidur. Dalam tidurku aku bermimpi seakan-akan melihat sinar yang semakin mendekati tempatku itu, dan ternyata sinar itu bersumber dari seorang yang sangat gagah lagi tampan. Pakaiannya bersih,wajahnya bersinar terang, baunya harum sekali. Aku tidak pernah melihat orang ini sebelumnya, dan aku belum mengenalinya.

Dia terus menuju kepadaku. Satu-satu langkahnya sehinggalah dia berada disisiku. “Ada apa kesusahanmu?” tanyanya. “Ayahku telah meninggal dunia,” aku menangis. Dan belum sempat aku bercerita seterusnya, dia berkata. “Jangan menangis semua manusia mesti mati.” “Tapi wajahnya” kataku “Wajahnya hitam legam. Tolonglah aku” aku merayu-rayu terus mengharapkan bantuan sesautu. Tanpa berbicara apapun lagi, dia terus membuka kain yang menutup wajah ayahku itu, lalu mengusap telapak tangannya pada wajah ayahku. Ajaib sekali, aku hampir tidak percaya apa yang telah berlaku. Wajah ayahku kembali semula putih bersih, dan lebih bercahaya dari asalnya. Apa penawarnya? Sampai perkara yang cukup ajaib ini dapat berlaku.

Dia kemudian mengambil kain tadi dan menutup semula wajah ayahku itu. Kemudian iapun hendak kembali semula dari arah yang ia dating tadi.

Melihat ia akan pergi, dan aku belum lagi tahu siapa orang ini, maka aku segera memegang bajunya seraya bertanya, siapakah tuan yang telah menolong ayahku ini? Dia tersenyum dan kelihatan nur dan cahaya bersinar dari senyumannya. Wajahnya seperti bulan purnama. “Aku ini Muhammad” jawabnya. “Muhammad siapa”? aku meminta penerangan lagi.

“Muhhamad, Rasulullah. Akulah pembawa Al Quran” jelasnya. Aku terduduk dan terpinga-pinga untuk menikmati wajahnya yang mulia. Inilah dia Rasulullah, aku berkata dalam hatiku, lisanku kelu, tidak berkata apa-apapun.

“Ayahmu ini terlalu banyak membuat sia-sia didalam hidupnya, namun begitu dia selalu membaca selawat dan salam kepadaku. Ketika ia mengalami hal buruk ini, ia memohan kepada ku untuk membantunya, maka aku datang ini untuk membantunya, dan aku selalu menolong orang yang selalu membaca selawat dan salam kepadaku” jelasnya.

Pada saat itulah aku terkejut dari mimpiku itu, dan aku terus teringat apa yang telah berlaku di dalam mimpi itu. Aku terus membuka kain yang menutupi wajah ayahku itu, dan betullah seperti yang berlaku di dalam mimpi tadi, bahawa wajah ayahku telah kembali putih bersih dan bercahaya lebih dari mulanya.

BERKAT SELAWAT
UNTUK AMALAN KITA BERSAMA SUPAYA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH SWT.

“Au zubillah himinashsyaitan nirrajim … bismillahirrahmannirrahim”

Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Dalam satu cerita yang lain mengenai perkara selawat juga, bahawa seorang wanita telah bermimpikan anaknya yang baru mati. Dilihatnya anaknya sedang disiksa dengan amat berat sekali.

maka wanita itu sangat sedih ketika meningatkan mimpi yang dilihatnya, dan dia terus menangis dan menangis memohon ALLAH agar diampunkan dosa anaknya itu.

Sekali peristiwa sedang dia berada di kuburan anaknya itu, tiba-tiba datang seorang lelaki yang compang-camping keadaannya. Dia berdiri dihadapan kubur-kubur itu, lalu berselawat keatas Nabi saw, sebanyak-banyaknya kemudian dia menghadiahkan pahalanya kepada sekalian ahli kubur di situ, dan dia pun pergi.

Pada malamnya, wanita itu bermimpi lagi akan anaknya, dan kali ini mimpinya agak berlainan sedikit. Iaitu dilihatnya anaknya sedang dalam cahaya dan bahagia mengecap segala kenikmatan ALLAH. Maka wanita itu bertanya kepada anaknya tentang perubahan nasib yang diterimanya sekarang, apa sebabnya?

Lalu anak itu memberitahu bahawa semua itu ialah kerana berkat selawat orang salih yang baru datang ke kuburan itu, yang telah berselawat ke atas Nabi saw, lalu dihadiahkan pahala selawatnya itu kepada sekalian ahli kubur, dan nasibnya dari pahala itulah telah mendapat segala kebahagian yang di kecapi sekarang ini.

Moral: Marilah kita perbanyakkan selawat ke atas Rasulullah agar mendapat syafaatnya di dunia dan di akhirat, Insyaallah.

SYAFAAT UTK MALAIKAT
UNTUK AMALAN KITA BERSAMA SUPAYA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH SWT.

“Au zubillah himinashsyaitan nirrajim … bismillahirrahmannirrahim”

Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Pada saat Rasulullah saw dimikrajkan, beliau melihat berbagai macam keanihan. Di antaranya baginda melihat satu malaikat yang dibakar oleh ALLAH swt.

Nabi bertanya kepada Jibril as,

“Mengapa ia dibakar?”

Dijawab oleh Jibril as,

“ALLAH mengutus dia ke sebuah negeri untuk menghancurkan penduduknya. Tetapi ia tidak jadi melakukannya kerana merasa hiba dan sedih terhadap seorang bayi yang masih menyusui di negeri itu. ALLAH lalu menghukumnya.”

“Tahukah kau wahai Jibril, apakah dia boleh bertaubat,” tanya Rasul lagi.

“Bukankah ALLAH menurunkanayat kepadamu, bahawa Dia maha pengampun bagi sesiapa saja yang bertaubat,” demikian jawab Jibril as.

Selesai mendengar jawapan Jibril as, Nabi lantas memohon taubat kepada ALLAH untuk malaikat itu.

Dan ALLAH menjawab bahawa malaikat itu harus membawa selawat 10 kali kepada Rasulullah, barulah ia dilepas dari hukuman.

Di langit, para malaikat gempar mempercakapkan bahawa ALLAH swt telah merahmati malaikat Karubiyyun berkat selawat kepada Rasul-Nya Muhammad saw.

Dipetik dari buku berjudul “Wasiat Orang Soleh”





Penggal persekolahan 2011

31 01 2011

3/1/11 yang lalu, bermulanya penggal persekolahan sesi 2011. bagi wani dan damia, hari nie merupakan hari baru bagi 2 beradik nie…wani walaupun dh pernah bersekolah, tp hari nie dia gi ke sekolah baru…damia pulak mmg 1st day bersekolah… aku hantar ke Tadika Ilmu di Tmn Tasik Tambahan. dekat jer dgn sekolah aku n rumah,…berbeza dgn sek lama wani,mmg jauh,,,kat Pandan Indah nun…Alhamdulillah dua2 okey ke sekolah… Sekolah nie mmg tak bagi parents ambik anak2 awal,sbb ptg ada fardhu ain, ada bacaan dan last skali main kat luar…aku pun dpt la buat aper2 yg patut kat umah pas balik sek.itu citer wani n damia k.

Ini plak citer aku.hari pertama persekolahan sibuk dgn pendaftaran murid2 baru….kali ni murid bertambah daripada 18 orang menjadi 30 orang. kira ramai jugak tu dgn bilangan kelas yg kecik dan sempit. Kali nie…ramai chinese, ditambah pula dgn masalah t/laku yg pelbagai, pening gak kepala dibuatnya,mujur ada seorang cikgu baru,chinese,dpt jugak dia membantu menterjemah bm ke bhs cina.minggu pertama persekolahn mmg betul2 kelam kabut,,,sbb aku baru nk mengenali murid2 yg baru nie….mgu2 seterusnya hingga sekrg nie kira dh ok la….semoga aku dpt memantapkan lagi p&p ku di kelas…insya-allah.

antara ragam murid baru....

Chan Yee Jian...murid baru jugak,seorang yang hiper...suka melompat dgn tangan terbuka dan tgn dh hampir2 mencecah kipas...seriau dibuatnya...





cuti2 malaysia-langkawi part 3

31 01 2011

Hari nie dh masuk hari ke-3 di langkawi, bermakna last day di sini. Hari nie mmg tak ke mana2,cuma lepas breakfast bercadang nk ke dataran lang seblm bertolak pulang. Tak puas rasanya berada di sini..banyak tempat lagi yang tak dilawati. ada umur panjang+ada rezeki mmg teringin benar nak ke sana lagi…Lain kali nk pi Gunung Mat Chinchag and Island Hoping lak..dan lagi satu nak shopping puas2,hehehe…

is barang dlm bonet....nk balik da..


bergambo dulu k...

Di dataran helang, sempat jugak lah beli sedikit barang buat souvenir dan utk kenang-kenangan sendiri. Aktiviti wajib semestinya la bergambar. Anak2 la yang seronok sbb dpt tgk helang besar.

berlatar belakang kan helang


pilih....jgn x pilih


cewah....


bersama anak2 tersayang


dgn mak..

Pukul 11.00 pun kami bergerak ke jeti utk pulangkan kereta pada kak ros. Feri kami ke Kuala Kedah pada pukul 11.30 pagi. Selamat tinggal langkawi….insya allah ada umur panjang dan murah rezeki kita berjumpa lagi…hehehe…mak aku pun suka ke sana…

bye...bye....