Semoga mak cepat sembuh

8 04 2011

Buat mak mentuaku Hjh Zainab Bin Udin, Semoga mak cepat sembuh dan dapat keluar hospital secepat mungkin. Buat kakak2 ipar (kak lang n kak ina) dan adik ipar-sheila, terima kasih kerana menjaga mak. Kami sekeluarga mendoakan agar mak cepat sembuh dan dikurniakan kesihatan olehNya.





Kerana Cinta Nyawa Dipertaruhkan

8 04 2011

Terkejut mendengar pengumuman Tuan Pengetua pada perhimpunan pagi tadi. Seorang pelajar perempuan india daripada kelas 4 Sains mati akibat bunuh diri. Menurut cerita, beliau telah meminum racun sebelum terjun daripada tingkat 7 flat. Ini semua adalah kerana CINTA. Pendek sungguh akal. Yang pergi tu satu cerita, ibu bapa lah yang menanggung derita kesedihan kerana anak yang dijaga sehingga 16 tahun mati dalam keadaan yang mengaibkan.

Semoga kisah benar ini menjadi iktibar kepada remaja2 yang lain.





Sindrom Anak Ke-2

8 03 2011

Pernah dengar tak sindrom anak kedua?

Damia, anak aku yang kedua, beza umur dengan kakak cuma 1 tahun 9 bulan. Perangai dia sememangnya merisaukan hati aku sebagai ibunya. Baru 4 tahun, tapi perangai dia mmg benar2 mencabar dan menguji keimanan.Bila berborak2 dengan rakan sekerja mengenai anak ke-2 masing2 memberikan ciri-ciri yang sama. Berikut adalah antara ciri2 anak ke-dua yang aku dapat daripada pembacaan di internet dan blog2:-
1.Keras kepala
2. Degil
3. Ego
4. Garang
5. Bertanggungjawab
6. Penyayang
7. Berdikari.

Ciri2 no. 1, 2 dan 4 memang benar2 ada pada damia. Kalau dia nak kan sesuatu, seboleh2 nya dia mesti nak dapatkannya, pujuk lah macam mana pun, tak jalan punya …Kalau tak dapat apa yang dihajati tu mula la dia meraung sekuat2 hati, jerit2 sehabis suara, entah2 satu lorong perumahan tu boleh dengar, jiran sebelah n bawah umah jangan cakaplah, dh lali dengan jeritan dia tu agaknya.

Lagi satu, damia memang garang….pantang akak dia buat silap sikit mulalah dia pukul akak dia, kadang2 cakar2 muka n badan. habis calar balar muka wanie. Selagi tak dapat apa2kan akak dia, selagi tu la hati dia tak puas,kadang2 tu smpi menggigil2 dia tahan marah. Bukan saja akak jadi mangsa, kadang2 ibu pun jadi mangsa. Memang betul2 menguji kesabaran, selalu gak hilang sabar, aku nie bukan la seorang yang penyabar, hinggap jugak la hanger kat kaki dia tue.

Ciri2 ke 5 dan ke 6 tue aku tak nampak lagi la buat masa nie. Tapi ciri ke-7 tue mmg ada. Damia sememangnya berdikari, apa2 perkara mesti nk buat sendiri, buat sampai berjaya, jarang sekali mintak tolong kat akak, ibu atau abah dia. Kalau dh betul2 tak boleh, barulah dia mtk tolong.

Sebagai ibu, apa yang boleh aku buat adalah banyak2kan doa agar perangai dia tu berubah…amalkan al fatihah dan Alam Nasyrah dan tiupkan kat ubun2 masa dia tengah tidur.





Bila Waktu Telah Berakhir

18 02 2011

Lagu nie benar2 memberi kesan dalam hati.
‘Bila waktu telah memanggil, teman sejati hanyalah amal,
Bila waktu telah terhenti, teman sejati tinggallah sepi”

Bersediakah AKU? Tepuk dada tanya iman…





Selamat Menyambut Maulidur Rasul

15 02 2011

Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, kekasih Allah…

Kelebihan Berselawat

Sufyan As Sauri menceritakan :

Bila bertawaf mengelilingi kaabah, saya melihat seorang laki-laki, ia membaca selawat kepada Rasulullah saw. Saya mendekatinya lalu bertanya: “Mengapa anda meninggalkan bacaan tasbih,tahmid dan tahlil justeru hanya membaca selawat sahaja? Adakah sesautu berlaku kepada diri anda? Siapakah anda ini? Tanya orang itu. Saya Sufyan As Sauri” Jawab saya. Baiklah akan aku ceritakan.” Aku meninggalkan ayahku untuk mengerjakan haji.

Ketika dalam perjalanan, ayahku sakit dan sakitnya itu membawa kematian. Aku bersedih dengan kematiannya. Wajah ayahku yang tampan itu telah bertukar menjadi hitam legam, aku menutup wajahnya dengan kain. Aku berasa sedih sekali, dan malu jika orang mengetahuinya, sedang ayahku adalah seorang ahli ibadah. Aku terus bertafakur dan tertidur. Dalam tidurku aku bermimpi seakan-akan melihat sinar yang semakin mendekati tempatku itu, dan ternyata sinar itu bersumber dari seorang yang sangat gagah lagi tampan. Pakaiannya bersih,wajahnya bersinar terang, baunya harum sekali. Aku tidak pernah melihat orang ini sebelumnya, dan aku belum mengenalinya.

Dia terus menuju kepadaku. Satu-satu langkahnya sehinggalah dia berada disisiku. “Ada apa kesusahanmu?” tanyanya. “Ayahku telah meninggal dunia,” aku menangis. Dan belum sempat aku bercerita seterusnya, dia berkata. “Jangan menangis semua manusia mesti mati.” “Tapi wajahnya” kataku “Wajahnya hitam legam. Tolonglah aku” aku merayu-rayu terus mengharapkan bantuan sesautu. Tanpa berbicara apapun lagi, dia terus membuka kain yang menutup wajah ayahku itu, lalu mengusap telapak tangannya pada wajah ayahku. Ajaib sekali, aku hampir tidak percaya apa yang telah berlaku. Wajah ayahku kembali semula putih bersih, dan lebih bercahaya dari asalnya. Apa penawarnya? Sampai perkara yang cukup ajaib ini dapat berlaku.

Dia kemudian mengambil kain tadi dan menutup semula wajah ayahku itu. Kemudian iapun hendak kembali semula dari arah yang ia dating tadi.

Melihat ia akan pergi, dan aku belum lagi tahu siapa orang ini, maka aku segera memegang bajunya seraya bertanya, siapakah tuan yang telah menolong ayahku ini? Dia tersenyum dan kelihatan nur dan cahaya bersinar dari senyumannya. Wajahnya seperti bulan purnama. “Aku ini Muhammad” jawabnya. “Muhammad siapa”? aku meminta penerangan lagi.

“Muhhamad, Rasulullah. Akulah pembawa Al Quran” jelasnya. Aku terduduk dan terpinga-pinga untuk menikmati wajahnya yang mulia. Inilah dia Rasulullah, aku berkata dalam hatiku, lisanku kelu, tidak berkata apa-apapun.

“Ayahmu ini terlalu banyak membuat sia-sia didalam hidupnya, namun begitu dia selalu membaca selawat dan salam kepadaku. Ketika ia mengalami hal buruk ini, ia memohan kepada ku untuk membantunya, maka aku datang ini untuk membantunya, dan aku selalu menolong orang yang selalu membaca selawat dan salam kepadaku” jelasnya.

Pada saat itulah aku terkejut dari mimpiku itu, dan aku terus teringat apa yang telah berlaku di dalam mimpi itu. Aku terus membuka kain yang menutupi wajah ayahku itu, dan betullah seperti yang berlaku di dalam mimpi tadi, bahawa wajah ayahku telah kembali putih bersih dan bercahaya lebih dari mulanya.

BERKAT SELAWAT
UNTUK AMALAN KITA BERSAMA SUPAYA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH SWT.

“Au zubillah himinashsyaitan nirrajim … bismillahirrahmannirrahim”

Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Dalam satu cerita yang lain mengenai perkara selawat juga, bahawa seorang wanita telah bermimpikan anaknya yang baru mati. Dilihatnya anaknya sedang disiksa dengan amat berat sekali.

maka wanita itu sangat sedih ketika meningatkan mimpi yang dilihatnya, dan dia terus menangis dan menangis memohon ALLAH agar diampunkan dosa anaknya itu.

Sekali peristiwa sedang dia berada di kuburan anaknya itu, tiba-tiba datang seorang lelaki yang compang-camping keadaannya. Dia berdiri dihadapan kubur-kubur itu, lalu berselawat keatas Nabi saw, sebanyak-banyaknya kemudian dia menghadiahkan pahalanya kepada sekalian ahli kubur di situ, dan dia pun pergi.

Pada malamnya, wanita itu bermimpi lagi akan anaknya, dan kali ini mimpinya agak berlainan sedikit. Iaitu dilihatnya anaknya sedang dalam cahaya dan bahagia mengecap segala kenikmatan ALLAH. Maka wanita itu bertanya kepada anaknya tentang perubahan nasib yang diterimanya sekarang, apa sebabnya?

Lalu anak itu memberitahu bahawa semua itu ialah kerana berkat selawat orang salih yang baru datang ke kuburan itu, yang telah berselawat ke atas Nabi saw, lalu dihadiahkan pahala selawatnya itu kepada sekalian ahli kubur, dan nasibnya dari pahala itulah telah mendapat segala kebahagian yang di kecapi sekarang ini.

Moral: Marilah kita perbanyakkan selawat ke atas Rasulullah agar mendapat syafaatnya di dunia dan di akhirat, Insyaallah.

SYAFAAT UTK MALAIKAT
UNTUK AMALAN KITA BERSAMA SUPAYA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH SWT.

“Au zubillah himinashsyaitan nirrajim … bismillahirrahmannirrahim”

Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Pada saat Rasulullah saw dimikrajkan, beliau melihat berbagai macam keanihan. Di antaranya baginda melihat satu malaikat yang dibakar oleh ALLAH swt.

Nabi bertanya kepada Jibril as,

“Mengapa ia dibakar?”

Dijawab oleh Jibril as,

“ALLAH mengutus dia ke sebuah negeri untuk menghancurkan penduduknya. Tetapi ia tidak jadi melakukannya kerana merasa hiba dan sedih terhadap seorang bayi yang masih menyusui di negeri itu. ALLAH lalu menghukumnya.”

“Tahukah kau wahai Jibril, apakah dia boleh bertaubat,” tanya Rasul lagi.

“Bukankah ALLAH menurunkanayat kepadamu, bahawa Dia maha pengampun bagi sesiapa saja yang bertaubat,” demikian jawab Jibril as.

Selesai mendengar jawapan Jibril as, Nabi lantas memohon taubat kepada ALLAH untuk malaikat itu.

Dan ALLAH menjawab bahawa malaikat itu harus membawa selawat 10 kali kepada Rasulullah, barulah ia dilepas dari hukuman.

Di langit, para malaikat gempar mempercakapkan bahawa ALLAH swt telah merahmati malaikat Karubiyyun berkat selawat kepada Rasul-Nya Muhammad saw.

Dipetik dari buku berjudul “Wasiat Orang Soleh”





Penggal persekolahan 2011

31 01 2011

3/1/11 yang lalu, bermulanya penggal persekolahan sesi 2011. bagi wani dan damia, hari nie merupakan hari baru bagi 2 beradik nie…wani walaupun dh pernah bersekolah, tp hari nie dia gi ke sekolah baru…damia pulak mmg 1st day bersekolah… aku hantar ke Tadika Ilmu di Tmn Tasik Tambahan. dekat jer dgn sekolah aku n rumah,…berbeza dgn sek lama wani,mmg jauh,,,kat Pandan Indah nun…Alhamdulillah dua2 okey ke sekolah… Sekolah nie mmg tak bagi parents ambik anak2 awal,sbb ptg ada fardhu ain, ada bacaan dan last skali main kat luar…aku pun dpt la buat aper2 yg patut kat umah pas balik sek.itu citer wani n damia k.

Ini plak citer aku.hari pertama persekolahan sibuk dgn pendaftaran murid2 baru….kali ni murid bertambah daripada 18 orang menjadi 30 orang. kira ramai jugak tu dgn bilangan kelas yg kecik dan sempit. Kali nie…ramai chinese, ditambah pula dgn masalah t/laku yg pelbagai, pening gak kepala dibuatnya,mujur ada seorang cikgu baru,chinese,dpt jugak dia membantu menterjemah bm ke bhs cina.minggu pertama persekolahn mmg betul2 kelam kabut,,,sbb aku baru nk mengenali murid2 yg baru nie….mgu2 seterusnya hingga sekrg nie kira dh ok la….semoga aku dpt memantapkan lagi p&p ku di kelas…insya-allah.

antara ragam murid baru....

Chan Yee Jian...murid baru jugak,seorang yang hiper...suka melompat dgn tangan terbuka dan tgn dh hampir2 mencecah kipas...seriau dibuatnya...





cuti2 malaysia-langkawi part 3

31 01 2011

Hari nie dh masuk hari ke-3 di langkawi, bermakna last day di sini. Hari nie mmg tak ke mana2,cuma lepas breakfast bercadang nk ke dataran lang seblm bertolak pulang. Tak puas rasanya berada di sini..banyak tempat lagi yang tak dilawati. ada umur panjang+ada rezeki mmg teringin benar nak ke sana lagi…Lain kali nk pi Gunung Mat Chinchag and Island Hoping lak..dan lagi satu nak shopping puas2,hehehe…

is barang dlm bonet....nk balik da..


bergambo dulu k...

Di dataran helang, sempat jugak lah beli sedikit barang buat souvenir dan utk kenang-kenangan sendiri. Aktiviti wajib semestinya la bergambar. Anak2 la yang seronok sbb dpt tgk helang besar.

berlatar belakang kan helang


pilih....jgn x pilih


cewah....


bersama anak2 tersayang


dgn mak..

Pukul 11.00 pun kami bergerak ke jeti utk pulangkan kereta pada kak ros. Feri kami ke Kuala Kedah pada pukul 11.30 pagi. Selamat tinggal langkawi….insya allah ada umur panjang dan murah rezeki kita berjumpa lagi…hehehe…mak aku pun suka ke sana…

bye...bye....






cuti2 Malaysia-Langkawi Part 2

30 01 2011

Hari ke-2 di langkawi mmg padat giler….non stop dari pg smpi mlm…cuma berhenti seketika utk solat jamak zohor, pastu smbg berjln… Mulanya bercadang nk ambik pakej island hoping, tp atas nasihat kak ros, akhirnya kami memilih utk pakej Mangrove. Kedua2 pakej ni sama jer harga RM200 utk satu bot. Kak Ros kata klu pegi island hoping x sesuai sbb ada org tua, nnti nk kena naik turun tangga. Mangrove kira ok jugak la, boleh tgk tmpt penternakan ikan, eagle feeding n gua kelawaar…Hari tu mmg ramai giler,maklumla cuti sek+cuti krismas, hinggakan org yg nk bwk kami naik bot tue terpaksa mintak kami pi tmpt lain dulu.nasib baik galleria perdana ngan tmn burung dkt sini jer, kami pun decide utk ke tmn burung dulu sementera menunggu turn naik bot.

kat tmn burung


kambing nk dtg kat adik....


peace!!!


hepi dpt kumpul satu femli


dlm bot...'mangrove' xtvt


kat tmpt pentenakan ikan



batu yang digelar 'red indian'



gua kelawar

Sesudah solat jamak zohor dan asar di rumah, kami keluar semula, kecuali ayah yg tak nak turut serta,penat katanya.destinasi kami seterusnya ke Under Water World yang terletak di Pantai Cenang. Bayaran masuk ke sini, dewasa RM28.00 (with MyKad), kanak2 RM18.00 (with MyKid) dan senior citizen RM22.00. Memandangkan aku bawak govt.ID card, so bayaran utk dewasa turun ke RM22.00 dan utk kanak2 turun ke RM12.00. One govt.ID card entitle for 2 dewasa dan 2 kanak2….So….saper2 yg govt servant tu jgn luper bwk ID card utk dptkan potongan harga k…

Seronok berada dlm nie,mcm2 species ikan yg pelik ada kat sini…SUBHANALLAH. Masa smpi tue,anjing laut baru jer lepas buat persembahan, melepaslah kami. Anak2 aku pun excited tgk penguin,aku ckp kat diaorg itulah ‘Pororo The Little Penguin’ yg diaorg selalu tgk kat tv tu. Jom layan gambar

Pari....besar kan!


kerapu....klu msk 3 rasa nir, ramai blh mkn

aku,hubby n anak2

Lepas penat jln2 dlm Underwater World, kami berhenti minum ptg on day balik ke pekan kuah.Menikmati mee goreng dan big apple yg dibeli adik….selera sungguh mkn, perut dh lapar la katakan. Destinasi seterusnya nk ke Idaman Suri., apalagi shopping la.

barang2 dlm nie mmg betul2 menjadi idaman wanita.sesuai betul nama kedai ni dgn kaum hawa

Masuk jer dalam nie, hilang akal dibuatnya…semua brg cantik2+ murah2 giler, especially pinggan mangkuk…sampi tak tahu nk pilih yg mana satu….kat tmpt pinggan mangkuk jer dh lama…last2 aku beli satu set mangkuk lauk bertutup yg ada 3 size tu, besar,sederhana n kecil, selain tu dpt gak aku rembat sudu,garfu n 2 non stick pan …jom layan gmbr, n perhatikan price nya sekali…murahkan!










Lepas dpt pinggan mangkuk, kami beralih pula ke bahagian kanan kedai….kat bahagian nie ada jual beg2, cadar,towel n coklat…coklat mmg wajib beli…pastu beli jugak towel…cadar pun banyak pilihan n cantik2, tp aku takder la ambik cadar….kalau semua nk beli bankrap la pulak..

cadar



sejuk mata memandang


DAIM


kinder bueno... satu kotak ada 20 bungkus



Penat shoping,terus balik rumah….rehat2 kejap n solat. satu peristiwa yang betul2 mencemaskan. purse aku hilang,semua org mencari, serata tempat dh cari,, dalam rumah, luar rumah, dlm kereta, luar kereta, tp tak jumpa gak….husband dh kata aku cuai, mulut aku lak tak abis2 sebut nama Allah Ya Hak,Ya Hak, Ya Hak berulang2 kali. itulah yag selalu aku baca bila kau cari brg tak jumpa atau brg aku hilang. Dh puas mencari, kami pun decide nk pi report, kluar umah aku tergerak nk tgk bwh kereta, Alhamdulillah, mmg betul ada bawah keta. mungkin masa aku kluar kete, purse tu jatuh dr riba….semua org lega, mood nk mkn mlm pun dtg balik, klu x tak masing2 risau… Sesungguhnya aku sememangnya yakin dan percaya akan kebesaran nama Allah. Ya Hak lah yang aku baca, 2 kali telefon aku tertinggal kat toilet, sekali tu tepon, baru, beli seminggu tertinggal dlm toilet,dh kena ambik org pun, tp dgn kuasa Allah org tue pulangkan balik tepon tue..kali kedua, tertinggal dlm toilet gak, mujur ada org baik hati ambik dan tlg simpankan….Eh…lari tajuk plak, dr citer langkawi terus masuk bab tepon hilang….Layan jer la yer

Sedikit info :
1. Langkawi adalah gabungan 2 perkataan iaitu Lang=Burung Helang, Kawi = nama batu di pulau ini.
2. Terdapat 99 buah pulau di Langkawi = nama Allah…Ajaib kan!
3. Menurut pemandu bot yang aku naik tu, terdapat lebih kurang 200 ekor helang di pulau ini, helang2 nie telah ditrain oleh pemandu2 bot yang dtg membawa pelancong utk sesi ‘eagle feeding’.Setiap kali bot dtg,mrk akan membawa cebisan2 daging ayam utk diberi kpd helang2.





cuti2 malaysia-langkawi part 1

29 01 2011

Sebenonyer dh basi dh citer psl langkawi nie…dek kemalasan nk mengupdate blog, hari nie selps sebln baru lah ada rasa kerajinan sikit.

Alhamdulilah,kali ni aku dpt bawak mak dan ayah gi jenjalan. Rezeki yang Allah bagi, apa salahnya dishare bersama dgn kedua ibu bapa kita.

Aku n femli, mak,ayah n adik bertolak ke Pulau Lagenda tu seawal pukul 9.30 am.Kira dh lambat jugak tu,cadangnya nk gerak kul 6.30 am,tp harapan tinggal harapan jer la.Excited sgt nak ke sana…..Kesemuanya telah di arrange, kenderaan+penginapan mmg dh tersedia di sana,tak pyh la nk susah2 lagi mencari 2 benda tu bila smpi di sana. Kalau nk tau, sila ke sini

Smpi di Kuala Kedah hampir ke pukul 3.00pm. Tiket feri dari Kuala Kedah – Langkawi, RM22 utk dewasa dan RM 18 utk kanak2. Perjalanan mengambil masa 1 1/2 jam. Sampi di Langkawi dalam pukul 5 ptg, kami berjumpa dengan kak Ros, person in charge sepanjang kami di sana.

Pada mulanya aku pilih pakej penginaan di aprt, tp dh rezeki namanya, mungkin jugak rezeki org tua, kami dpt menginap di CHOGM Villa, sungguh selesa…..aprt yang sepatutnyer aku booked tu dh disewa oleh PULAPOL…rezeki…rezeki….

Memandangkan semua dh kepenatan…masing2 rileks la dulu,cuma husband n adik aku kluar jap isi tank avanza yang dh hmpir kehabisan minyak… Lepas isyak kami Jalan Jalan Cari Makan. Puas berjalan mencari seafood di sepanjang Pantai Tengah, satu pun x menepati citarasa + ramai org,tmbhan mlm tu malam krismas. Last2 mkn di sebuah restoran,on day way nk balik ,tak ingat apa nama tempat tu. Punyer ler lembap service, dh berkeroncong perut masing2.

Ada satu benda nk citer nie, lps balik mkn, htr ayah balik ke tmpt penginapan, lebih kurang kul 12 mlm…pastu kami kluar semula,jalan2….tak smpi 1/2 jam kluar, ayah col suruh balik,katanya tak selesa di situ,rupanya2 ayah nampak kelibat org dlm umah…meremang jugak la ayah….hihihi…biasa la, umah jrg org duduk, dh ada penghuni lain agaknya…lain kali beringat,bacalah aper yg patut seblm masuk mana2 tmpt.

nota tapak kaki : percutian 3H2M, 24-26/12/10

CHOGM Villa


ruang tamu, cantik kan


ruang makan


dapur


ruang beradu...hehehe


dalam feri



wani dan damia....peace!!!





Aktiviti cuti sekolah

22 12 2010

Cuti sekolah nie mmg menjadi surirumah sepenuh masa : mengemas, mendobi, dan memasak sememangnya menjadi rutin wajib. Rasanya ada jer kejer nk kena buat….dari celik mata sampailah nk pejam mata…Masa juga banyak dihabiskan dengan anak2….Aku mengajar kak long membaca dengan kaedah cepat membaca iaitu kaedah phonic…Sepanjang setahun kak long di tadika… perkembangan membacanya kurang memberangsangkan….tadika tersebut menggunakan kaedah suku kata. Cuti sekolah ni aku ambik kesempatan mengajar kak long membaca menggunakan kaedah phonic dengan buku ‘Bacalah Anakku’. Perkembangan positif…kak long boleh membaca buku 1 hanya dalam masa 3 hari….latihan membaca diteruskan ke buku 2 pulak dan buku2 seterusnya..

Cuti2 sek nie rajin gak la aku buat kuih…dua kuih nie jer la yg aku tau buat…karipap n donut….husband suka karipap,anak2 plak suka donut. Jom layan gambo..

proses mengelim siap

siap digoreng untuk difrozenkan

siap digoreng untuk dimakan

donut : siap diterap

siap digoreng untuk difrozenkan

siap digoreng untuk di ngap...hehe